Wednesday, March 31, 2010

Memo - Bengkel Psikologi Cinta

Perhatian kepada semua warga Unisel....

Kali ini unit kaunseling bersama-sama Jawatan Kuasa Kolej ( Jkk ) menganjurkan sebuah bengkel psikologi cinta. Tujuan kami adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya cinta dalam kehidupan kita. Untuk pengetahuan kawan-kawan juga cinta ini perlu dikaji dan dipelajari supaya semua masalah-masalah kehidupan yang berpunca daripada cinta dapat diatasi dengan cemerlang dan penuh makna. selain itu, tidak dinafikan kefahaman cetek terhadap cinta adalah merupakan faktor yang menjurus kepada keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang menimpa golongan mahasiswa/i kita pada hari ini. Kami pasti bengkel kali ini dapat sedikit sebanyak memberi pengetahuan yang luas tentang cinta. Mari beramai-ramai menyertainya. Jumpa anda disana...

Tarikh : 8 April 2010 ( Khamis )
Masa : 8 Malam
Tempat : Dewan Biru ( Pkp )


Apa yang penting PERCUMA!!!!

0 comments: